Sunday 23 December 2012

hai

tiktoktiktok.
hari nie dah tanggal 24disember.
happy bufday buat teman karibku afzal bin azlan
mudah-mudahhan aku dapat tempuh hari nie dan hari yg akan mendatang dgn jayanya.
salam kerinduan:)

Wednesday 19 December 2012

Tim Hwang belajar bahasa Melayu

JIKA disebut Tim Hwang pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan orangnya. Namun, buat mereka yang menonton drama Korea seperti Secret Garden, 49 Days, Queen of Reversal dan A Thousand Kisses pasti mereka cukup kenal dengan suara Tim yang menyanyikan lagu runut bunyi kesemua drama tersebut.
Figura yang lebih mesra disapa sebagai Tim ini sememangnya cukup terkenal dengan irama balada sehingga dia diberi jolokan Prince of Ballad di Korea Selatan lantaran gemersik vokalnya yang memukau.
Kosmo! yang berkesempatan bertemu dengan jejaka kelahiran Philadelphia, Amerika Syarikat itu pada sidang akhbar sempena siri jelajah Asia pertamanya, Into Asia Comes Tim's World, di Kuala Lumpur baru-baru ini cukup terpukau dengan kemesraan serta gaya santainya.
Memudahkan lagi komunikasi, tidak seperti penyanyi Korea yang lain, Tim atau nama sebenarnya Hwang Young-min cukup fasih berbahasa Inggeris.
Cukup gembira kerana menerima sambutan hangat daripada peminatnya di Malaysia, ujar Tim, ia bukan kunjungan pertamanya kerana sebelum ini Tim pernah bercuti di sini.
Menyambung bicara mengenai kerjayanya, terang Tim yang berusia 31 tahun, sebelum ini dia tidak pernah membayangkan kerjaya sebagai penyanyi kerana cita-citanya sebelum ini adalah untuk menjadi ahli farmasi sebelum ditawarkan menjadi penyanyi ketika usianya 20 tahun.
"Cita-cita saya waktu itu untuk menjadi ahli farmasi dan tawaran menjadi penyanyi tiba kebetulan pada saat saya baru hendak memulakan pelajaran di kolej.
"Hanya sempat tinggal di kolej selama sehari, saya terus membuatkan keputusan untuk terbang ke Korea Selatan," ujarnya.
Sudah memiliki lima buah album sepanjang penglibatannya dalam bidang nyanyian, ujar Tim, pernah tercetus di hatinya untuk menolak tawaran nyanyian yang diberikan gara-gara kurang keyakinan diri.
"Saya sememangnya seorang yang takut akan perubahan. Apabila terpaksa tinggalkan keluarga, cita-cita dan tinggal seorang diri di Korea membuatkan saya tertanya-tanya betul atau tidak tindakan yang saya ambil.
"Jika jalan yang saya pilih ini salah bagaimana harus saya menghadapinya? Nasib baik, saya dikelilingi oleh pihak pengurusan yang amat menyokong dan keluarga saya juga tidak membantah. Jadi, saya teruskan dan akhirnya hari ini saya berada di Malaysia," luahnya.
Walaupun mempunyai vokal yang bagus namun, cabaran utama yang dihadapi oleh Tim ketika itu sebenarnya adalah untuk menguasai bahasa Korea dengan lancar sebelum melancarkan album sulungnya yang berjudul First Tim pada tahun 2003.
"Masalah terbesar saya sudah tentu bahasa. Saya lahir dan dibesarkan di Amerika Syarikat, jadi saya tidak tahu langsung untuk berkomunikasi dalam bahasa Korea.
"Saya mengambil masa selama dua tahun hanya untuk belajar bahasa Korea dan menyiapkan diri sebelum keluar dengan album.
MEMBINA populariti di Korea Selatan tidak menghalang Tim Hwang daripada memberikan pandangan tentang isu pembedahan plastik yang dikatakan berleluasa dalam kalangan selebritidi negara tersebut.


"Selain itu saya juga menghadapi masalah kejutan budaya ketika mula-mula sampai di Korea. Dalam kalangan orang Asia termasuk warga Korea sendiri, pergaulan antara lelaki dan wanita agak terbatas tidak seperti di Barat.
"Saya sering disalah anggap gara-gara saya suka memeluk atau mencium orang lain hanya untuk mengekspresikan penghargaan dan kegembiraan saya. Sekarang saya sudah faham yang saya tidak boleh berbuat demikian sewenang-wenangnya," cerita Tim.
Indonesia
Sebelum hadir memperkenalkan dirinya di Malaysia, Tim sebenarnya sudah sukses membina populariti di Indonesia.
Buktinya, dia telah berjaya mengumpul ramai peminat di negara tersebut selepas muncul dalam drama siri berjudul Saranghae, I Love You di samping aktres popular Revalina S. Temat dan duet bersama penyanyi Astrid menerusi lagu Saranghamnida.
Bercakap mengenai lakonan, kata Tim, dia cukup bertuah apabila digandingkan dengan aktres popular Indonesia tersebut.
Drama itu turut membantu meningkatkan popularitinya di Indonesia sehingga konsert solo pertamanya di sana dihadiri 8,000 penonton.
"Saya bersyukur kerana diterima dengan baik di Indonesia. Saya bukanlah pelakon tetapi tawaran berlakon di samping Revalina itu datang tepat pada waktunya.
"Saya agak tertekan kerana diberikan watak utama tetapi semuanya berjalan dengan baik dan saya mudah memahami skrip kerana Revalina merupakan seorang 'guru' bahasa Inggeris dan penterjemah yang baik untuk saya," ungkapnya.
Selain menyanyi bersama Astrid, Tim juga telah muncul dengan sebuah lagu sepenuhnya dalam bahasa Melayu yang berjudul Pahitnya Asmara.
"Memang saya lebih senang berbahasa Inggeris tetapi saya juga boleh memahami dan bercakap sedikit dalam bahasa Melayu.
"Bagi saya, bahasa Melayu lebih mudah dipelajari berbanding bahasa Mandarin dan Korea kerana sebutannya sama seperti bahasa Inggeris.
"Bagi bahasa Mandarin dan Korea, saya harus menggunakan lidah dalam sebutan dan nada suara yang berbeza akan memberi maksud yang salah," katanya yang hanya mengambil masa selama sehari untuk merakamkan Pahitnya Asmara.
Mengenai kemungkinan untuk bekerjasama dengan penyanyi Malaysia pula, ujar Tim, dia bersedia untuk itu andai diberikan peluang.
"Saya teringin untuk bekerjasama dengan penyanyi dari Malaysia pada masa hadapan. Buat masa ini, belum ada sebarang perancangan ke arah itu memandangkan ini kunjungan pertama untuk bekerja dan bertemu peminat saya," akuinya.
Tidak hanya berlakon di Indonesia, Tim sedang sibuk dengan teater muzikal Legally Blonde sejak 20 November lalu. Dia berlakon di samping Jessica yang merupakan anggota kumpulan Girl's Generation.
ASTRID berpeluang berduet dengan Tim menerusi single Saranghamnida.


"Kalau diberi pilihan antara nyanyian, lakonan dan teater saya pilih teater muzikal kerana saya boleh lakukan semua perkara yang saya minat dalam satu persembahan.
"Dalam teater muzikal saya boleh menyanyi dan dalam masa yang sama berlakon.
"Jessica juga seorang pelakon yang bagus. Sebelum ini saya tidak begitu mengenalinya, tetapi selepas berlakon bersama saya dapati Jessica seorang yang menarik," ujarnya.
Album baharu 2013
Tempoh 10 tahun dalam industri seni bukan satu tempoh yang singkat buat Tim. Pelbagai cabaran pernah dilaluinya. Pernah hilang sebentar dalam industri seni, kata Tim, kini dia bangkit untuk berkongsi muziknya bersama peminat.
"Jika saya hendak bercakap soal cabaran memang terlalu banyak. Saya pernah berada di puncak dan pernah juga hilang daripada industri seni dalam tempoh yang agak lama.
"Sekarang saya lebih fokus dan tahu apa yang saya inginkan dalam kerjaya dan kehidupan. Cita-cita saya yang belum tercapai adalah merakamkan album penuh dalam bahasa Inggeris dan mengadakan konsert di tempat kelahiran saya iaitu di Philadelphia, Amerika Syarikat.
"Mungkin suatu hari nanti saya akan mempromosikan muzik saya di sana, saya hanya perlu bekerja keras untuk laksanakan impian itu," luahnya.
Mulai tahun 2013, kata Tim, aktiviti kerjayanya akan difokuskan di peringkat antarabangsa dan melahirkan album dalam bahasa Inggeris selepas teater Legally Blonde yang akan tamat pementasannya pada Mac tahun hadapan.
"Pada tahun 2013, fokus akan diberikan kepada aktiviti serta peminat di luar negara. Saya juga akan menghasilkan lagu-lagu bahasa Inggeris. Saya sememangnya tidak sabar untuk menghadapi tahun 2013.
"Album baharu itu akan diterbitkan oleh saya sendiri seperti album-album sebelum ini dan dijangka siap pada tahun hadapan," ujarnya.

Tuesday 18 December 2012

SPA

hai semua.
hari ni dah 19december 2012.
so datz mean tinggal bape hari je sebelum tarikh 2january 2012.
hah,kenapa pulak dgn tarikh tu yer..
hahaha..tarikh tue la yg akan berubah segalanya.
dipilih dan terpilih untuk panggilan SPA bukan lah harapan aku.
tapi ini lah yg terjadi.
tatkala,pengajian aku di politeknik hanya tinggal setahun setengah je,
aku terpaksa akur dengan impian keluarga untuk aku pergi SPA tue.
diorang kata bukan senang untuk mendapat kerja goverment nanti.hmmm
untuk menggembirakan hati mereka aku sanggup mengharungi semua nie.
mudah mudahan aku dipermudahkan segala urusan.
doakan yang terbaik untuk aku yer.
salam rindu buat semua.:)

Monday 17 December 2012

selamat "berpractical"

hai semua.
kali nie memang betul-betul bersarang blog aku nie..
sorie keyh.
and ini first time aku create a new post kat office.hehehe
dan dan pulak ade internet kat sini.alhamdulillah
selamat berpractical di syarikat LENO yg terletak di Kota Damansara.
minggu nie masok minggu ke tiga aku kat sini.
tempat nie mmg besar sbb HQ kan so mmg terbaik.:)
so tiada apa yang ingin diperjelaskan.setakat ini sahaja ye..rindu semua.bye!

Wednesday 11 July 2012

luahan hati 11 julai 2012

kita hanya boleh  merancang,but ALLAH yg akan tentukan..
mungkin itu nasib yang aku hadapi hari nie.
patut la pagi-pagi tadi da hujan lebat..
rupanya petanda yang amat sukar untuk aku tempuh..
ALLAH da bagi petanda,tapi hamba yang beriman je yg dapat merasainya.
nampak sgt lah aku nie tak beriman lagi kan..
petanda dah ada depan mata but masih tak perasan!

apa yg dah dirancang semua tak berlaku..
dan apa yang aku dapat hanyalah kesedihan,keperitan dan kesengsaraan.
aku sedar aku bukan yg terbaek..

hubungan aku dan dia hari nie sedikit tergugat.
dimanakah silapnya aku sendiri tak tahu.
Ya ALLAH tabahkan lah hati hambamu yg hina ini..

aku mahukan dia dalam hidup aku.
aku tak pernah malu bila ada dgn dia.
aku da cuba pujuk dia..
tapi nampaknya dia dah benci dgn aku..

aku tak mengharap semua nie berlaku..
buat insan yg aku sayang..
empunya badan yg bernama nur izzatul binti johari..
apa pon silap aku..salah aku..
aku mintak maaf sgt..
aku sayangkan kau!
aku xberniat nak lukakan hati kau..
tapi sekarang hati aku sakit sgt..
mybe ini jalan terbaek untuk kita..
berdoa dan berserah..
ada jodoh,adalah kita..
aku rindu kau sgt!hmmm
hanya linangan air mata yg dapat teman aku malam  nie...im sorry:'(

Tuesday 29 May 2012

AKU HANYA ADA KAU...

saat paling mengecewakan aku adalah bila aku gagal bimbing kau..
bila aku cakap pasal tudung.kau terus emo dan marah-marah...
ye,mungkin cara aku seperti paksa kau..
tapi sejujurnya aku xpenah paksa kau...
aku cuma nak kau pakai tudung time kita keluar sabtu nie jer...
itu jer...bukan terus paksa kau pakai all time...
aku faham bukan mudah dan kau xready lagi...

aku xkan lupakan detik malam tuhhh...
memang betul kau cakap tak semua orang bertudung tue baik kan...
tapi.....
hurm,ya,aku harap terbuka hati kau untuk bertudung suatu hari nanti..
aku tunggu saat tuhh...
dan yang pasti saat tuhh aku xkan sembunyikan perasaan aku..

actually aku nak bawa kau lawat makam ayah kau sabtu nie...
itu sebab utama aku suruh kau pakai tudung...
aku xkan lupa kau penah luahkan kat aku yang kau rindu sgt kat arwah ayah kan...
aku cuba untuk memenuhi segala permintaan kau selagi aku mampu...
sebab tue aku ajak kau keluar pagi...
tapi kalau xboleh,plan aku terpaksa la aku batalkan..
hmmmmmmm....

entah la weyh,aku pon bukan sihat sangat sekarang...
cepat letih...entah sempat ke tak nak buat hidup kau always happy...
apa yang aku buat dan aku cuba buat semua untuk kebaikan kau..
kau selalu ckp aku xpenah paham diri kau....tapi hakikat sebenar aku selalu memikirkan kau..
memikirkan bagaimana cara untuk merealisasikan apa yang kau inginkan...

aku cuma mahukan yang terbaek dalam hidup kau
 memang aku mengaku aku xpandai pujuk orang..
entah kau dapat tahan tak dgn aku...
yang xpandai pujuk nieyh...
cuma yang kau perlu tahu...AKU HANYA ADA KAU!!
bukan sesiapa...
terima kasih sebab setia temani hari-hari aku...

Saturday 26 May 2012

party in the room!

mood [tengah syok layan lagu awie:dipenjara janji]hehehe
ntah la weyh,xrase ngantok plak malam nieyh..
memekak je dlm bilik nieyh
nyanyi lagu dan menyumbangkan lagu.hahahaha
actually borink tak dapat mesej orang!
handphone mahal aku rosak...kihkihkih...mahal lah sgt yer..

so,pakat dok layan lagu je lahhh...
sejak bila minat lagu awie nieyh...
entah lah weyh....
harap ayah ibu dan jiran sebelah dapat tahan dgr voice aku yg sumbang nieyh...
bukan selalu pon...hahahaha
chill!